Majlis Perasmian Tarmah Sewing






Pada 24 Mei yang lalu, kami telah menghadiri Majlis Perasmian Tarmah Group di Batu Pahat, Johor. Di sana, kami telah mengadakan demonstrasi anyaman jam tangan, kerongsang dan jahitan tudung. Kami berjaya menarik perhatian pengunjung yang datang ke situ termasuklah VIP yang dijemput khas oleh Tarmah Group. Pengunjung yang datang ke majlis itu termasuklah dari China, Vietnam, Hong Kong dan rakyat tempatan. Mereka merupakan orang perseorangan yang membuka bisnes sendiri dan ada juga yang mewakili syarikat mereka. Pelajar - pelajar dari sebuah IPT di sana juga telah dijemput untuk memeriahkan majlis.